Setiap penyakit pasti ada ubatnya. Kata-kata itulah yang mungkin selalu terngiang-ngiang di kepala para peneliti di dunia kedoktoran sehingga mereka tidak pernah berputus asa mencari terapi terbaik demi kesembuhan pesakit. Salah satu teknologi perubatan yang saat ini sedang dikembangkan dengan pesat ialah teknologi sel stem('stem cell'). Pengembangan sel stem memberi harapan baru bagi penyembuhan berbagai penyakit yang belum ada ubatnya sampai saat ini
Sel Stem adalah sel-sel tidak matang yang merupakan sel induk (master cell) di mana ia boleh bertukar, membiak dan membentuk dengan sendirinya menjadi pelbagai jenis sel dalam badan kita seperti sel saraf, sel kulit, sel darah dan semua jenis sel. . Terapi sel stem ialah sekumpulan prosedur baru dan teknologi yang memperkenalkan sel yang berkeupayaan untuk menjana atau menggantikan sel-sel yang berpenyakit dengan sel-sel baru yang sihat dan boleh berfungsi.
Sel Stem ternyata boleh digunakan untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat lebih 70 jenis penyakit seperti parkinson, alzheimer, leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, kanser, down syndrome, penyakit darah (barah, talasemia, anemia), sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang. Ia juga boleh digunakan untuk merawat sel sum-sum tulang yang rosak semasa rawatan kemoterapi atau radioterapi.
Kaedah perubatan sel stem ini juga dipanggil `cell transplantation' (dikenali sebagai 'zellentherapie' di Eropah) telah digunakan untuk merawat lebih lima juta pesakit (menurut statistik yang berpengkalan di Jerman) yang turut menyatakan sel stem memiliki kemampuan untuk mengembalikan ingatan pesakit Alzheimer, menggantikan kulit yang hilang akibat kecelakaan yang mengerikan atau menyembuhkan orang yang begantung pada kursi roda agar kembali dapat berjalan. Itulah di antara beberapa bukti tentang kehebatan perubatan menggunakan sel stem ini.